Kisah Buku: Think And Grow Rich

Kisah Buku: Think and Grow Rich

 

Think and Grow Rich

 

Buku ni saya pernah baca versi inggerisnya dulu. Lama dulu.. Dua kali jugaklah baca untuk tangkap beberapa key point.

Kemudian ada jumpa buku versi Bahasa Indonesia masa book hunting di area Pasar Chowrasta, Penang. Tapi hilang lupa masuk kotak yang mana satu.

Hari ni dengar konten buku ni dalam IMAM Marketing pagi tadi.

Think and Grow Rich

 

Kisah Tersendiri

 

Alkisahnya buku ni ditulis penulis tersohor dari Amerika, Napoleon Hill sekitar 1937 (terbitan pertama) dan memang ada kisah tersendiri disebalik penghasilan buku ini.

 

Pada tahun 1908, Napoleon telah ditugaskan untuk mewawancara Andrew Carnegie iaitu seorang peneraju industri besi (Pittburg Steel) ketika itu yang juga antara tokoh berpengaruh dan terkaya di dunia.

 

Carnegie ni seorang philantropist yang percaya semua orang kaya dan berjaya ni ada persamaannya serta boleh difahami semua orang namun masih ramai yang tak nak ambil panduan dan sentiasa mencuba-cuba. Sebab tu susah atau lambat nak berjaya.

 

Carnegie seterusnya mencabar Napoleon untuk komit selama 20 tahun mencari dan mewawancara pemimpin bisnes, tokoh berjaya, jutawan dan yang sewaktu dengannya untuk mengumpul prinsip dan formula sukses orang berjaya. Napoleon terima cabaran itu dan ia telah mengubah hidupnya.

 

Selama 20 tahun Napoleon penuh komitmen bertemu dan menemubual lebih dari 500 individu sukses untuk mencari satu formula 'common' antara mereka. Diantaranya termasuklah John D. Rockefeller, Alexander Graham Bell, Theodore Roosevelt, Thomas Edison, Henry Ford dan ramai lagi.

 

Maka terhasillah karya Think and Grow Rich yang laku keras sehinggalah sekarang, diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Versi Bahasa Malayu boleh rujuk di sini.

 

Tentang Buku

 

Ok, kita cerita tentang bukunya pulak.

 

Buku tentang kaya tapi bukannya dalam niche teknikal atau kewangan. Buku ini membantu pembacanya mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Faham?

 

Dalam buku ni ada dihuraikan mengenai 6 Langkah untuk mencapai kekayaan yang Tuan Amiru Mat Rawi jelaskan kepada kami pagi tadi. Untuk mudah faham, beliau gunakan analogi kawin hehe.:

 

1)   Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, “Saya mahu banyak wang.”. sekadar cakap nak saja tanpa usaha, benda tu tak turun dari langit..

 

2)   Kenal pasti pengorbanan yang mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan. Mungkin dari segi masa lapang, bersosial, melancong dan sebagainya.

 

3)   Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.

 

4)   Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.

 

Tuan Amiru kata perancangan tu kena terjemahkan dalam bentuk Vital Behavior iaitu tindakan-tindakan kecil yang akan membawa kepada impian yang nak dicapai.

 

"Vital behaviors are the smallest set of actions that lead to the results you want. They are the few high-leverage actions that if you keep doing, produce the outcomes you're after."

 

5)   Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang diperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.

 

6)   Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.

 

Menarik kan?

 

Memang agak barat sedikit. Rasanya kalau kita bertanya kepada jutawan-jutawan di Malaysia pun lebih kurang kot, tak lari banyak. Cuma bagi jutawan Muslim pasti ada elemen kerohanian yang diterapkan iaitu amalan sunnah, doa dan tawakkal.

 

Dah penat kan jadi orang yang kurang berjaya?

 

Jom berubah pelan-pelan menjadi jutawan hartawan dermawan muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Berminat jadikan buku ni sebagai koleksi anda?

Dapatkan di sini.

 

Artikel asal di :