Kisah Buku: How To Win Friends & Influence People

Kisah Buku: How To Win Friends & Influence People

 

How To Win Friends & Influence People

 

Buku ni ada kisahnya dengan saya. Dulu buku ni (versi inggeris dan tebal) antara panduan, masa saya mula-mula masuk kerja (perkhidmatan awam) dan berhadapan ramai manusia dan bermacam karenah.

 

Alhamdulillah, ilmu dalam buku ni antara yang saya ikut dan terapkan sampai hari ni. Sebab kita ni manusia, dan mengurus serta berkomunikasi dengan ramai manusia yang lain.

 

Saya boleh kata buku hasil karya Dale Carnegie buat saya lebih faham kelakuan manusia disekeliling. 

 

3 Point Penting

 

Ada 3 point penting tentang kelakuan manusia iaitu:

 

  • Enam kaedah bagaimana buat orang lain suka kita
  • Berbelas cara supaya orang lain terima idea kita
  • Sembilan taktik bagi ubah manusia tanpa berbalah

 

Maklumat lanjut di sini - https://osini.co/influence

 

Kaitan Dengan Bisnes

 

Apa kaitan dengan bisnes?

 

Saya dan habis baca berkali-kali dan banyak sebenarnya ilmu yang boleh apply dalam bisnes waima korang founder, stokis, leader atau dropship sekalipun..

 

  • Dah tentu kita nak bina hubungan baik dengan pembekal, team, staf dan agen kan?
  • Dah tentu kita ada berunding dengan pembekal atau klien, dan kita taknak banyak karenah yang sukar nak handle, setuju?
  • Dah tentu kita nak bawak orang bawahan kita capai satu prestasi yang terbaik, betul kan?

 

Semua ni melibatkan proses hubungan dan bagaimana cara sesuai nak berkomunikasi sekaligus mengambil hati pekerja dan klien. Ada ilmu dalam buku ni yang korang boleh sesuaikan dengan keadaan korang..

 

Buku ni tengah ada diskaun kat link ni, boleh grab terus ye: https://osini.co/influence

 

Ye, abam ada satu kedai buku online. Bukan tujuan kejar duit, tapi sebab memang minat buku. Dan abam nak bantu mudahkan kawan-kawan usahawan dapatkan buku bisnes berkualiti dengan cepat dan rega mampu milik.

 

Artikel asal di :